[POHON HEBAHAN] BANTUAN KEMANUSIAAN DIPERLUKAN


Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Malaysia

BANTUAN KEMANUSIAAN DI PERLUKAN

Saya mengenali rapat Saudara Dr. Abdullah Noel, seorang mualaf yang juga mengasaskan pusat jagaan warga emas terlantar dan terbiar yang dikenali dengan nama Pusat Jagaan Siti Noraini yang terletak di Kajang, Selangor.

Setelah sekian lama mengenali beliau dan menyokong perjuangannya, buat pertama kali beliau menghadapi cabaran kekurangan dana mengurus 70 orang warga emas (lelaki dan perempuan) yang terlantar dan terbiar di pusat jagaannya. 

Sebaik menerima SMS beliau pada 7/10/2013 yang memohon hebahan bantuan, saya bergegas menemui beliau dan melihat sendiri situasi permasalahan yang berlaku. Tidak perlu menunding jari kepada mana-mana pihak yang berkuasa memberi bantuan, maka saya dengan ini memohon sahabat-sahabat di luar sana agar dapat membantu menyalurkan apa saja sumbangan yang boleh berbentuk barangan mahupun kewangan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh pejuang kemanusiaan ini. 

Berikut adalah info yang boleh dikongsi sama:

1. Kekurangan Dana - bil elektrik dan air akan dipotong bila-bila masa
2. Barangan makanan - beras, sardin, roti dan lain-lain
3. Pampers dewasa
4. Barangan pembersihan diri - sabun, ubat gigi dan lain-lain

Alamat:
No. 23, Jalan Maju 2, Taman Maju, Semenyih, 43000 Kajang, Selangor 

No. Tel:
010-2536750 (Dr. Abdullah Noel)

No. Akaun Bank:
CIMB: 1267 0000 2331 01 

SEMOGA BANTUAN PARA SAHABAT MAMPU MENCERIAKAN WARGA EMAS DI SANA.

Hebahan dari RIZAN HASSAN, Exco Majlis Belia Malaysia
8 Oktober 2013
0137733676


NOTA: 
Sekitar kunjungan saya bersama Presiden Malaysian Youth Hostels Association (MYHA) Kebangsaan, Saudara Khairul Annuar Mansor semalam.








Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. 1B1K - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger