print this page

PROGRAM KEM PERKASA SIRI: 6


[POHON HEBAHAN & PENYERTAAN]

PROGRAM KEM PERKASA

Mengupayakan REMAJA Ke Arah Masa Depan Cemerlang


Kem PERKASA@remaja dengan kerjasama Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri merupakan satu program berkonsepkan kem untuk meningkatkan potensi diri remaja terpinggir yang terjebak dalam kumpulan bermotosikal (lumba haram). Pendekatan holistik (pembangunan emosi, spiritual dan kendiri) akan diterapkan secara bersepadu untuk membina insan yang berkualiti. Ianya suatu pendekatan yang boleh mendatangkan kesan yang lebih efektif (dalam jangkamasa tertentu) dengan menggunakan modul yang bersifat 'experiential learning) yang boleh mengubah tingkahlaku, kognitif dan emosi remaja.

TERBUKA KEPADA GOLONGAN REMAJA/BELIA ~
a. berumur 16-24 tahun (lelaki sahaja)
b. suka menunggang motorsikal dalam keadaan berbahaya dan lumba haram
c. pernah dikenakan hukuman kesalahan trafik atau perintah khidmat masyarakat
d. ingin berubah dan memperbaiki cara hidup

TEMPOH PROGRAM
1 bulan (21/11/2013 hingga 14/12/2013)

ELAUN
Disediakan

PENGINAPAN
Disediakan

MAKAN & MINUM
Disediakan

YURAN PENYERTAAN
Percuma

PENDAFTARAN
Sila kirimkan maklumat NAMA, ALAMAT, NO.KAD PENGENALAN, NO.TELEFON DAN EMAIL kepada mdrizanhassan@gmail.com

PERTANYAAN
Saudara Rizan Hassan
Exco Majlis Belia Malaysia merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah MBM
Tel: 0137733676

FACEBOOK:



0 ulasan

BENGKEL PERCUMA 3 JAM: FOTOGRAFI & VIDEOGRAFI


[POHON HEBAHAN-PENTING BUAT BELIA SELURUH MALAYSIA]

BENGKEL PERCUMA 3 JAM: FOTOGRAFI & VIDEOGRAFI

Para belia yang berminat mengasah bakat dan potensi dalam dunia fotografi dan videografi dijemput hadir ke bengkel ini secara percuma seperti informasi di bawah:

Tarikh: 12 Oktober 2013 (Sabtu)
Tempat: Murni International College, No. 1 Persiaran Timur, Putrajaya 
Masa: 10.00 pagi hingga 1.00 petang


Pertanyaan, hubungi: 06-7942488 / 2489
Website: 
http://fotografi.murni.edu.my/ 

Terima kasih

Info: Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah, Majlis Belia Malaysia
0 ulasan

[POHON HEBAHAN] BANTUAN KEMANUSIAAN DIPERLUKAN


Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Malaysia

BANTUAN KEMANUSIAAN DI PERLUKAN

Saya mengenali rapat Saudara Dr. Abdullah Noel, seorang mualaf yang juga mengasaskan pusat jagaan warga emas terlantar dan terbiar yang dikenali dengan nama Pusat Jagaan Siti Noraini yang terletak di Kajang, Selangor.

Setelah sekian lama mengenali beliau dan menyokong perjuangannya, buat pertama kali beliau menghadapi cabaran kekurangan dana mengurus 70 orang warga emas (lelaki dan perempuan) yang terlantar dan terbiar di pusat jagaannya. 

Sebaik menerima SMS beliau pada 7/10/2013 yang memohon hebahan bantuan, saya bergegas menemui beliau dan melihat sendiri situasi permasalahan yang berlaku. Tidak perlu menunding jari kepada mana-mana pihak yang berkuasa memberi bantuan, maka saya dengan ini memohon sahabat-sahabat di luar sana agar dapat membantu menyalurkan apa saja sumbangan yang boleh berbentuk barangan mahupun kewangan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh pejuang kemanusiaan ini. 

Berikut adalah info yang boleh dikongsi sama:

1. Kekurangan Dana - bil elektrik dan air akan dipotong bila-bila masa
2. Barangan makanan - beras, sardin, roti dan lain-lain
3. Pampers dewasa
4. Barangan pembersihan diri - sabun, ubat gigi dan lain-lain

Alamat:
No. 23, Jalan Maju 2, Taman Maju, Semenyih, 43000 Kajang, Selangor 

No. Tel:
010-2536750 (Dr. Abdullah Noel)

No. Akaun Bank:
CIMB: 1267 0000 2331 01 

SEMOGA BANTUAN PARA SAHABAT MAMPU MENCERIAKAN WARGA EMAS DI SANA.

Hebahan dari RIZAN HASSAN, Exco Majlis Belia Malaysia
8 Oktober 2013
0137733676


NOTA: 
Sekitar kunjungan saya bersama Presiden Malaysian Youth Hostels Association (MYHA) Kebangsaan, Saudara Khairul Annuar Mansor semalam.








0 ulasan

TAKLIMAT 1B1K DI LAHAD DATU, SABAH



Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran

Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Bahagian Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan TAKLIMAT BELIA BERKEMAHIRAN seperti ketetapan di bawah:

Tarikh: 6 Oktober 2013 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Royal Palm Hotel, Lahad Datu, Sabah

Program yang julung kali ini turut mendapat kerjasama sepenuhnya Gabungan Persatuan Belia SIlam (GPBS). Program berbentuk taklimat dan pameran ini akan juga disertai oleh beberapa Pusat Bertauliah dan industri seperti Pure Technics, Gemilang Motor Academy dan Intra International College.

Pelbagai tawaran latihan kemahiran disediakan termausk program percuma di bawah SLDN dan Workforce Transformation Technical Programme (WTTP)/ 

SEMUA BELIA DI LAHAD DATU DIJEMPUT HADIR.


0 ulasan

PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA: PERMOHONAN SESI OKTOBER HINGGA DISEMBER 2013 KINI DIBUKA


Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran

Kemasukan bagi Sesi Oktober hingga Disember 2013 kini telah dibuka bagi semua kursus kemahiran di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia.

Semua kursus yang ditawarkan akan diberikan pinjaman beserta elaun sara diri termasuk kemudahan asrama. Bagaimana pun, proses kemasukan akan dilaksanakan oleh kolej yang terpilih yang menawarkan kursus berkenaan.

PERMOHONAN boleh di buat secara online dengan KLIK DISINI
0 ulasan

WTTP: KURSUS MEKATRONIK SECARA PERCUMA


Peluang mengikuti latihan kemahiran SECARA PERCUMA di bawah program di namakan WORKFORCE TECHNICAL TRANSFORMATION PROGRAMME (WTTP) seperti maklumat di bawah:

Nama Kursus          
Mekatronik  (Juruteknik Automasi) 

Persijilan                  
Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3)

Tempoh                    
18 bulan (sepenuh masa)

Syarat Kemasukan 
Lulus SPM

Yuran Pengajian    
Percuma

Penginapan             
DIsediakan dengan bayaran minima

Elaun                        
Disediakan berdasarkan kehadiran (Elaun Kehadiran)

Tempat Latihan       
Melaka Industrial Skills Development Centre (MISDEC) /
                                      
Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka
Lorong 1, Jalan PBB6, Taman Perindustrian Batu  
Berendam, 5350 Melaka.

Bilangan Pengambilan: 
Terhad 30 orang sahaja (Lelaki/Perempuan) 

Tarikh Temuduga 
10 Oct 2013 (Khamis) - (TERKINI~PERMOHONAN & TEMUDUGA DIBUKA SEHINGGA 4/111/2013)

Masa                    
10 pagi  – 3  petang

Tempat                
Bilik Mesyuarat MISDEC,  Lorong 1, Jalan PBB6,   
Taman Perindustrian Batu Berendam, 75350 Melaka

Telefon                 
06-3353576

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG. 


PENDAFTARAN:  www.mytevt.blogspot.com @ KLIK DISINI
Sebarang pertanyaan sila hubungi:  EN SAZALI (013-6827752)
0 ulasan

SLDN: KURSUS PERANTISAN PENYAJIAN MAKANAN/MINUMAN SECARA PERCUMA



[TERKINI | POHON HEBAHKAN]

PROGRAM 1BELIA 1KEMAHIRAN (1B1K)
SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) - PERANTISAN PENYAJIAN MAKANAN/MINUMAN LITTLE WOK KITCHEN


Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Little Wok Kitchen dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) mempelawa golongan belia (lelaki & perempuan) berumur 16-25 tahun untuk menyertai program ini bagi mengasah bakat kemahiran demi masa depan yang gemilang. 

Berikut adalah info penting untuk tindakan segera jika berminat:

Tarikh temuduga: 20 Oktober 2013 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Little Wok Kitchen, Lot G36 & AG36, Festival City Mall, Setapak, K.Lumpur
 

Syarat Kemasukan:
-Belum berumahtangga
-Tidak pernah mengikuti latihan dimana-mana institusi
-Sihat tubuh badan
-Boleh 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
-Bertudung (bagi perempuan - wajib)

Kemudahan Disediakan:
-Elaun Bulanan berjumlah RM700.00
-Asrama dekat dengan tempat latihan (berjalan kaki)
-Makan/Minum semasa latihan disediakan
-Pakaian Seragam 

TIADA YURAN PENDAFTARAN
TIADA YURAN PENGAJIAN

Berminat, sila daftar secara online   DI SINI
Mengenali Little Wok Kitchen, layari WWW.LITTLEWOKKITCHEN.COM
Mengenali JPK, layari WWW.DSD.GOV.MY
0 ulasan

KURSUS PERCUMA JURUTEKNIK RADIOGRAFI DIGITAL


[PROGRAM 1BELIA 1KEMAHIRAN - POHON HEBAHKAN]
Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran
Majlis Belia Malaysia (MBM) mempelawa golongan belia khususnya dari golongan keluarga berpendapatan rendah, anda di pelawa menyertai kursus JURUTEKNIK RADIOGRAFI DIGITAL secara percuma. Info mengenai kursus adalah seperti di bawah:

Tempoh Kursus
4 bulan sepenuh masa

Tempat Latihan
Murni International College - Kampus Nilai

Elaun Sarahidup
RM 500.00 sebulan

Tempat Tinggal
Disediakan secara percuma

Makan dan Minum 
Disediakan sebanyak 3 kali sehari

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN:
a. Lulus SPM dengan kredit di dalam BAHASA MALAYSIA dan MATEMATIK atau SAINS
b. Lulus Bahasa Inggeris
c. Umur 18-25 tahun sahaja
d. Lelaki sahaja


PENDAFTARAN & PERTANYAAN 
En. Rashid (019-4800305)
Pb. Azura (019-2624319)
En. Rizan Hassan (013-7733676)

PELAJAR BERPELUANG MENJALANI LATIHAN DI KOREA SELAMA SEMINGGU.

TARIKH TUTUP: 20 OKTOBER 2013 
0 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger