KURSUS PERCUMA: SLDN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN & MINUMAN



Salam 1Belia 1Kemahiran
Majlis Belia Malaysia kini menjalinkan kerjasama dengan Little Wok Kitchen, sebuah industri perkhidmatan sajian makanan dan minuman yang juga penyedia latihan di bawah Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Golongan belia yang berumur 16-30 tahun yang berminat dalam kerjaya sebagai CHEF dan PENYELIA HIDANGAN di pelawa menyertai latihan kemahiran bidang ini pada sesi pengambilan September 2013. Tempat latihan di Pusat Latihan Little Wok Kitchen dan semua 24 buah rangkaian restoran Little Wok Kitchen di Kuala Lumpur dan Selangor.

Kuota penyertaan adalah untuk 100 orang, lelaki dan wanita, terbuka kepada semua bangsa.

YURAN PENGAJIAN ADALAH PERCUMA!
ELAUN DISEDIAKAN SEBANYAK RM900.00
LATIHAN DI TEMPAT KERJA SEBENAR
ASRAMA DAN PAKAIAN SERAGAM DISEDIAKAN

TEMPOH LATIHAN SELAMA 18 BULAN SEPENUH MASA
KAEDAH LATIHAN 80% PRAKTIKAL (ALAM KERJA SEBENAR) DAN 20% TEORI
Permohonan melalui online: SILA KLIK DISINI

Tarikh tutup permohonan: 31 Ogos 2013

Pertanyaan sila hubungi RIZAN HASSAN (0137733676)
Share this article :

Catat Ulasan

 
Copyright © 2013. 1Belia 1Kemahiran - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger