print this page

TERKINI: TEMUDUGA KEMASUKAN KE MISDEC


TERKINI
Semua permohonan untuk mengikuti program WORKFORCE TECHNICAL TRANSFORMATION PROGRAMME (WTTP) bagi kursus Juruteknik Automasi Tahap 3 (Mekatronik) telah diterima dan dipanggil untuk menghadiri temuduga seperti ketetapan di bawah:

Tarikh: 22 Ogos 2013 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Melaka Industrial Skills Development Centre (MISDEC) / Pusat Pembangunan Kemahiran Melaka

Sila bawa dokumen berikut:
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Sijil Kelahiran
3. Salinan Keputusan SPM


PERINGATAN
Pihak Sekretariat 1B1K mendapati ramai yang memberikan alamat email yang salah dan juga nombor telefon yang salah. Ini amat mendukacitakan. Jika anda telah membuat permohonan dan tidak menerima maklumbalas, ini bermakna kemungkinan anda tersilap hantar alamat email dan juga nombor telefon. Maka anda diminta membuat permohonan semula seperti sebelum ini. Sekian terima kasih.
0 ulasan

KURSUS PERCUMA: SLDN PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN & MINUMAN



Salam 1Belia 1Kemahiran
Majlis Belia Malaysia kini menjalinkan kerjasama dengan Little Wok Kitchen, sebuah industri perkhidmatan sajian makanan dan minuman yang juga penyedia latihan di bawah Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Golongan belia yang berumur 16-30 tahun yang berminat dalam kerjaya sebagai CHEF dan PENYELIA HIDANGAN di pelawa menyertai latihan kemahiran bidang ini pada sesi pengambilan September 2013. Tempat latihan di Pusat Latihan Little Wok Kitchen dan semua 24 buah rangkaian restoran Little Wok Kitchen di Kuala Lumpur dan Selangor.

Kuota penyertaan adalah untuk 100 orang, lelaki dan wanita, terbuka kepada semua bangsa.

YURAN PENGAJIAN ADALAH PERCUMA!
ELAUN DISEDIAKAN SEBANYAK RM900.00
LATIHAN DI TEMPAT KERJA SEBENAR
ASRAMA DAN PAKAIAN SERAGAM DISEDIAKAN

TEMPOH LATIHAN SELAMA 18 BULAN SEPENUH MASA
KAEDAH LATIHAN 80% PRAKTIKAL (ALAM KERJA SEBENAR) DAN 20% TEORI
Permohonan melalui online: SILA KLIK DISINI

Tarikh tutup permohonan: 31 Ogos 2013

Pertanyaan sila hubungi RIZAN HASSAN (0137733676)
0 ulasan

KURSUS PERCUMA: WORKFORCE TECHNICAL TRANSFORMATION PROGRAMME (WTTP) KERJASAMA MBM DAN MISDEC


[POHON DIHEBAHKAN KEPADA BELIA DI AKAR UMBI]

Salam 1Belia 1Kemahiran
Majlis Belia Malaysia (MBM) mempelawa golongan belia yang berumur 18-25 tahun dari seluruh negara untuk merebut peluang mengikuti latihan kemahiran SECARA PERCUMA di bawah program di namakan WORKFORCE TECHNICAL TRANSFORMATION PROGRAMME (WTTP) seperti maklumat di bawah:

Nama Kursus: Mekatronik 
Persijilan: Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3)
Tempoh: 18 bulan (sepenuh masa)
Syarat Kemasukan: Lulus SPM
Kekosongan: 50 orang sahaja (Lelaki/Perempuan) 
Yuran Pengajian: Percuma
Penginapan: DIsediakan dengan bayaran minima
Elaun: Disediakan berdasarkan kehadiran (Elaun Kehadiran)

Tempat Latihan: Melaka Industrial Skills Development Centre (MISDEC) / Pusat Pembangunan Kemahiran Melaka
Alamat: Lorong 1, Jalan PBB6, Taman Perindustrian Batu Berendam, 75350 Melaka.
Bilangan Pengambilan: Terhad 50 orang sahaja

Tarikh Temuduga: 19 Ogos 2013 (Isnin)
Masa: 10 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat MISDEC,  Lorong 1, Jalan PBB6, Taman Perindustrian Batu Berendam, 75350 Melaka
Tel: 06-3353576

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG. 
SILA KLIK ~ PERMOHONAN & PENDAFTARAN

Sebarang pertanyaan sila hubungi EN SAZALI (013-6827752) atau EN. RIZAN HASSAN (013-7733676) pada bila-bila masa.

Sekian terima kasih.
0 ulasan
 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger