SIDANG MEDIA MBM MENGENAI MASA DEPAN BELIA BERKEMAHIRAN MENJELANG TAHUN 2020


Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden Majlis Belia Malaysia

Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran
Majlis Belia Malaysia (MBM) menaruh keyakinan yang tinggi bahawa kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap pembangunan belia terutama dari aspek ekonomi dan modal insan.

Walaubagaimana pun, berdasarkan pemerhatian, kajian dan perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan, cabaran belia untuk berhadapan dengan situasi ekonomi masa depan terutama menjelang tahun 2020 sangat memerlukan  satu pendekatan strategik serta perlaksanaan secara berganda oleh semua pihak serta-merta.

Beberapa langkah drastik mesti dilakukan kerajaan termasuk mempertingkatkan keupayaan dan pencapaian belia dalam bidang kemahiran supaya impak pengisiannya dapat memberikan kesan yang lebih positif terhadap ekonomi belia dan kestabilan politik serta sosial negara pada masa hadapan.


Memandangkan tempoh menuju status negara maju dan pencapaian sasaran negara berpendapatan tinggi hanya tinggal 6 tahun daripada sekarang, MBM melihat langkah drastik hendaklah dimulakan tahun hadapan dengan memberi penekanan kepada pembangunan modal insan terutama latihan kemahiran dalam Bajet 2014.

Oleh yang demikian, satu kenyataan media secara bersama dengan Persekutuan Pusat-Pusat Bertauliah Malaysia (FeMAC), Gabungan Institusi Latihan Kemahiran Swasta Bumiputera (GILKSB) dan Konsortium Penyedia Latihan Kemahiran Bumiputera Sabah berkaitan isu pembangunan belia berkemahiran dalam usaha melahirkan tenaga mahir negara menjelang tahun 2020 akan di adakan seperti ketetapan di bawah:

Tarikh: 31 Julai 2013 (Rabu)
Masa: 10 pagi
Tempat: Bilik Seraya, Tingkat 4, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur

Semua wartawan dari media cetak, media elektronik dan media sosial dijemput hadir membuat liputan. 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi SAUDARA RIZAN HASSAN di talian 0137733676.

Sekian terima kasih.
Share this article :

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger