1B1K BANTU ANAK YATIM RUMAH AT-TAQWA PUCHONG

Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia Malaysia telah berjaya menempatkan seramai 4 orang anak yatim dari Rumah At-Taqwa Puchong, Selangor untuk mendapatkan latihan kemahiran di bawah Program Latihan Kemahiran Untuk Anak Yatim dan Miskin di Vocational Education Training Academy (VETA). Mereka akan menjalani latihan dalam bidang Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon/Keluli Tahan Karat) atau bisa dipanggil Kimpalan/Welding.

Latihan yang mengambil masa setahun secara sepenuh masa ini akan memberi peluang anak-anak yatim berkenaan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia dan persijilan antarabangsa menerusi Llyod's Register.



Share this article :

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Copyright © 2013. Belia Mahir - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger